Monday, September 10, 2012

Ke..lu..ar..ga ! Paham ?!

Pengalaman hidup mengajar kita untuk menjadi lebih matang dan lebih berani, tetapi orang sekeliling sering lupa dan mengabaikan tanggungjawab masing-masing. Semakin meningkat dewasa orang itu semakin besarlah juga tanggungjawab yang bakal dipikul. Kita tidak perlulah bergantung kepada orang lain dan cuba menghabiskan dan mensia-siakan usaha orang tua terhadap kita. Orang tua pun bukannya sempurna "No Body Is Perfect" tapi mereka banyak berkorban masa dan wang terhadap kita. Saya rasa, ketakutan yang paling besar mereka terhadap anak-anak adalah anak-anak yang tidak boleh hidup mandiri dan hanya tahu bergantung terhadap orang lain sedangkan itu adalah kewajipan mereka sebagai anak yang dewasa. Perkhawinan tanpa pengetahuan ibu bapa dan keluarga bukankah itu cukup tidak matang dan hanya menurut kehendak sendiri. Kecil hati ibu bapa, tapi mereka masih menerima kerana itu akan buat anak mereka bahagian. Restu daripada ibu bapa tapi mereka tidak dapat berkongsi kegembiraan semasa perkhawinan itu. Saya bukan mahu kata sesiapa, tapi patutkah itu dilakukan apabila kita mendapat ibu bapa yang akan merestui apa sahaja yang kita lakukan. Tapi saya tidak akan berbuat perkara tersebut terhadap ibu bapa saya sendiri selagi mereka masih ada dan sentiasa menyokong saya, saya tidak akan mengecewakan mereka. Apabila kita menyebut "Keluarga", kita sebagai ahli keluarga perlulah sentiasa saling sokong terhadap ahli keluarga yang lain. Perkataan keluarga bukanlah sahaja ikatan darah tetapi ikatan persefahaman dan hormat kita kepada kakak, abang dan abang, kakak kepada adik-adik. Hormat ibu bapa dan ibu bapa kepada anak-anak mereka. Sayang tidak cukup jika kita tidak menghormati dan tidak mempunya batasan perasaan terhadap ahli keluarga.

Ini gambar keluarga saya, adik beradik dan ibu bapa saya. Saya tiada dalam gambar ni, masa ambil gambar ni saya belum ada lagi. hehe. Malu mahu tunjuk gambar masa kecil. Saya bangga juga dengan abang dan kakak saya ni tapi ada juga benda yang kita tidak akan suka. Macam saya katakan tadi
 "Nobody Is Perfect".
Mum, Dady & abg, kak

2 comments: