Kawan atau pun Sahabat, ada bezakah ? Perkara yang membezakan siapa kawan ataupun sahabat ialah siapa yang berada disamping kita. menurut kamus dewan bahasa kawan bermaksud "
kawan-kawan yang rapat". Kawan mempunyai maksud yang sama dengan sahabat. Kawan juga turut sinonim dengan perkataan "
rakan,teman,kenalan,handai,taulan,konco,
pengikut,
sekutu,penyokong,kumpulan,pasangan,kelompok,geng dan
,komrad"
. Kawan amat berlawanan dengan perkataan Musuh.Cewaah !! siap dengan kamus dewan lagi, ala Google saja pun hehe. Ciri sahabat yang baik adalah sahabat yang baiklah ! Tidak kira apa bangsa pun. Setiap orang ada kawan, yang tak ada kawan tu mustahil !! sungguh mustahil !! kenapa ? Ibu bapa dan adik beradik pun kawan juga hehe. Kenapa malu untuk berkata mereka itu kawan kita? Kawan kita juga tu. Tapi bukan mahu bercakap tentang tu tapi tentang kawan yang kita kenal daripada kecil, jumpa di sekolah, teman sekerja atau pun dimana-mana sahaja.

Saya ada ramai kawan tapi cuma sebilangan kecil sahaja yang boleh saya anggap sebagai kawan yang "terbaik"."I'm so lucky because I have Friend/s like you, I'd wish I have 10 like you", kenapa saya inginkan 10 orang macam kawan baik saya tu sebab kalau saya ada kawan macam tu mesti bergegar habis dunia ni. Mestilah kita akan lebih senang jika berkawan dengan orang yang memahami dan boleh memberikan kita nasihat serta sokongan, macam itulah kawan sebenar. Sebenarnya saya pun bukanlah seorang yang sangat peramah, tapi bolehlah bergaul dengan orang sekeliling. Tidak berkata-kata bosan, tidak berkata-kata rugi, tapi kadang-kadang kita perlu senyap untuk mendengar. Kawan merupakan tempat kita mengadu, tempat bercerita, tempat untuk mendapatkan bantuan dan tempat untuk menagih sokongan haha. Betulah, kawan mana yang tidak sokong kawan sendiri. kalau kawan kita tu disebaliknya pula, baik tinggalkan saja. Bukan kita mahu bertindak kejam tapi mereka sudah lebih awal bertindak kejam, kita kena fikir. Itu hanya pandangan saya
tapi kalau kamu senang dengan kawan yang macam tu boleh saja, asalkan bahagia. Kawan baik ataupun dalam bahasa Inggerisnya "Best Friend" merupakan orang yang paling rapat dan merupakan orang yang serba tahu akan kekurang dan masih bersama walaupun kita dalam kesusahan.
 |
My Friends |
Kita boleh berjumpa dengan pelbagai ragam manusia sepanjang hidup kita, ada yang bersifat pelik, ada yang berani, garang, bengis, sukar difahami, pendiam, berpura-pura, si kekok, pandai,
penakut, sihat, sakit dan
sebagai-bagainyalah. Saya mungkin seorang yang kekok? penakut? saya sangat takut dengan cerita-cerita seram dan pembunuhan, wahwah bocor rahsiah peribadi hehe. Malas layan cerita seram. Uh !! berbagai-bagai ragam boleh jumpa dan mungkin antaranya itu adalah kawan anda.
Saya sebenarnya bukanlah seseorang yang hanya memilih kawan berdasarkan harta benda dan seseorang itu mestilah cantik ataupun menawan, kita kena ikhlas dalam setiap persahabatan. Anda boleh berfikir tentang erti kata keikhlasan itu sendiri.
 |
Keikhlasan |
:)