Tuesday, September 11, 2012

Kawan..Sahabat..Teman..

Kawan atau pun Sahabat, ada bezakah ? Perkara yang membezakan siapa kawan ataupun sahabat ialah siapa yang berada disamping kita. menurut kamus dewan bahasa kawan bermaksud "kawan-kawan yang rapat". Kawan mempunyai maksud yang sama dengan sahabat. Kawan juga turut sinonim dengan perkataan "rakan,teman,kenalan,handai,taulan,konco,pengikut,sekutu,penyokong,kumpulan,pasangan,kelompok,geng dan,komrad"Kawan amat berlawanan dengan perkataan Musuh.Cewaah !! siap dengan kamus dewan lagi, ala Google saja pun hehe. Ciri sahabat yang baik adalah sahabat yang baiklah ! Tidak kira apa bangsa pun. Setiap orang ada kawan, yang tak ada kawan tu mustahil !! sungguh mustahil !! kenapa ? Ibu bapa dan adik beradik pun kawan juga hehe. Kenapa malu untuk berkata mereka itu kawan kita? Kawan kita juga tu. Tapi bukan mahu bercakap tentang tu tapi tentang kawan yang kita kenal daripada kecil, jumpa di sekolah, teman sekerja atau pun dimana-mana sahaja. 




Saya ada ramai kawan tapi cuma sebilangan kecil sahaja yang boleh saya anggap sebagai kawan yang "terbaik"."I'm so lucky because I have Friend/s like you, I'd wish I have 10 like you", kenapa saya inginkan 10 orang macam kawan baik saya tu sebab kalau saya ada kawan macam tu mesti bergegar habis dunia ni. Mestilah kita akan lebih senang jika berkawan dengan orang yang memahami dan boleh memberikan kita nasihat serta sokongan, macam itulah kawan sebenar. Sebenarnya saya pun bukanlah seorang yang sangat peramah, tapi bolehlah bergaul dengan orang sekeliling. Tidak berkata-kata bosan, tidak berkata-kata rugi, tapi kadang-kadang kita perlu senyap untuk mendengar. Kawan merupakan tempat kita mengadu, tempat bercerita, tempat untuk mendapatkan bantuan dan tempat untuk menagih sokongan haha. Betulah, kawan mana yang tidak sokong kawan sendiri. kalau kawan kita tu disebaliknya pula, baik tinggalkan saja. Bukan kita mahu bertindak kejam tapi mereka sudah lebih awal bertindak kejam, kita kena fikir. Itu hanya pandangan saya tapi kalau kamu senang dengan kawan yang macam tu boleh saja, asalkan bahagia. Kawan baik ataupun dalam bahasa Inggerisnya "Best Friend" merupakan orang yang paling rapat dan merupakan orang yang serba tahu akan kekurang dan masih bersama walaupun kita dalam kesusahan.


My Friends

Kita boleh berjumpa dengan pelbagai ragam manusia sepanjang hidup kita, ada yang bersifat pelik, ada yang berani, garang, bengis, sukar difahami, pendiam, berpura-pura, si kekok, pandai, penakut, sihat, sakit dan sebagai-bagainyalah. Saya mungkin seorang yang kekok? penakut? saya sangat takut dengan cerita-cerita seram dan pembunuhan, wahwah bocor rahsiah peribadi hehe. Malas layan cerita seram. Uh !! berbagai-bagai ragam boleh jumpa dan mungkin antaranya itu adalah kawan anda.

Saya sebenarnya bukanlah seseorang yang hanya memilih kawan berdasarkan harta benda dan seseorang itu mestilah cantik ataupun menawan, kita kena ikhlas dalam setiap persahabatan. Anda boleh berfikir tentang erti kata keikhlasan itu sendiri.


Keikhlasan
:)


Monday, September 10, 2012

Ke..lu..ar..ga ! Paham ?!

Pengalaman hidup mengajar kita untuk menjadi lebih matang dan lebih berani, tetapi orang sekeliling sering lupa dan mengabaikan tanggungjawab masing-masing. Semakin meningkat dewasa orang itu semakin besarlah juga tanggungjawab yang bakal dipikul. Kita tidak perlulah bergantung kepada orang lain dan cuba menghabiskan dan mensia-siakan usaha orang tua terhadap kita. Orang tua pun bukannya sempurna "No Body Is Perfect" tapi mereka banyak berkorban masa dan wang terhadap kita. Saya rasa, ketakutan yang paling besar mereka terhadap anak-anak adalah anak-anak yang tidak boleh hidup mandiri dan hanya tahu bergantung terhadap orang lain sedangkan itu adalah kewajipan mereka sebagai anak yang dewasa. Perkhawinan tanpa pengetahuan ibu bapa dan keluarga bukankah itu cukup tidak matang dan hanya menurut kehendak sendiri. Kecil hati ibu bapa, tapi mereka masih menerima kerana itu akan buat anak mereka bahagian. Restu daripada ibu bapa tapi mereka tidak dapat berkongsi kegembiraan semasa perkhawinan itu. Saya bukan mahu kata sesiapa, tapi patutkah itu dilakukan apabila kita mendapat ibu bapa yang akan merestui apa sahaja yang kita lakukan. Tapi saya tidak akan berbuat perkara tersebut terhadap ibu bapa saya sendiri selagi mereka masih ada dan sentiasa menyokong saya, saya tidak akan mengecewakan mereka. Apabila kita menyebut "Keluarga", kita sebagai ahli keluarga perlulah sentiasa saling sokong terhadap ahli keluarga yang lain. Perkataan keluarga bukanlah sahaja ikatan darah tetapi ikatan persefahaman dan hormat kita kepada kakak, abang dan abang, kakak kepada adik-adik. Hormat ibu bapa dan ibu bapa kepada anak-anak mereka. Sayang tidak cukup jika kita tidak menghormati dan tidak mempunya batasan perasaan terhadap ahli keluarga.

Ini gambar keluarga saya, adik beradik dan ibu bapa saya. Saya tiada dalam gambar ni, masa ambil gambar ni saya belum ada lagi. hehe. Malu mahu tunjuk gambar masa kecil. Saya bangga juga dengan abang dan kakak saya ni tapi ada juga benda yang kita tidak akan suka. Macam saya katakan tadi
 "Nobody Is Perfect".
Mum, Dady & abg, kak

Sunday, September 5, 2010

Hello To You ...

hellow

I Try

I Try To Smile ~
semasa saya berada di tingkatan 5 , saya telah menempuhi cabaran yang paling kuat sekali ,, melalui kata kata daripada mulut seseorang kita boleh jatuh tersungkur dan keyakinan terhadap diri sendiri juga turut tergugat ... lidah seseorang itu boleh digunakan untuk membangunkan orang atau juga boleh menjatuhkan .. oleh itu kita harus sentiasa cekal menghadapi cabaran... kita hendaklas sentiasa berfikir sebelum kita ingin meluahkan sesuatu.. kemarahan bukanlah alasan kita untuk mengeluarkan kata-kata kesat...

Hari ini aku telah membuat keputusan untuk cuba senyum dan bangkit semula sebagai seorang individu yang penuh dengan bakat dan juga cuba mendapatkan keyakinan sebagai alasan dan kekuatan kita untuk survive..

smile is the best cure ...